Jalan Kota Jelasin KJ/1, Bandar Bharu Tunjong,
Jalan Kuala Krai, 15100, Kota Bharu Kelantan.
📞 Tel : 011 17819235
📧 Email : kayana.work@gmail.com
![362093233_591851433128783_6423072059222392400_n.jpg](https://static.wixstatic.com/media/6e16e4_9b53163ebbd64ffca36b91d59860b7c3~mv2.jpg/v1/crop/x_256,y_0,w_768,h_768/fill/w_93,h_93,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/362093233_591851433128783_6423072059222392400_n.jpg)
Pemaju Hartanah Dan Kontraktor Perumahan
![Modern Architecture](https://static.wixstatic.com/media/11062b_f6bec34858fa456ab712aa4018880375~mv2.jpg/v1/fill/w_1803,h_1187,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/11062b_f6bec34858fa456ab712aa4018880375~mv2.jpg)
WARISAN KAYANA GROUP SDN.BHD
KAYANA WORK yang telah ditubuhkan pada 17 Disember 2020 adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 dan dibangunkan untuk mengajak masyarakat memakmurkan bagi kebaikan bersama. KAYANA WORK sebagai satu jenama yang baru dalam industri hartanah, kami hanya beroperasi di sekitar kawasan negeri Kelantan sahaja. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam sektor hartanah, syarikat akan terus maju ke hadapan dalam menerajui tanah sebagai aset masa hadapan dan kediaman mampu milik di Malaysia dengan memastikan setiap projek yang diusahakan mempunyai nilai tambah dalam memenuhi tanggungjawab sosial dan saingan pasaran. Kami telah membangunkan satu budaya dalam organisasi, kecekapan, kerja berpasukan, tumpuan pelanggan, inovasi dan kualiti untuk memenuhi keperluan dan kehendak dari masa ke semasa dan akan terus melakukan penambahbaikan dalam kerja-kerja yang kami lakukan. Pada pertengahan tahun 2023, KAYANA WORK telah berjaya menubuhkan satu syarikat sendirian berhad dengan nama WARISAN KAYANA GROUP SDN BHD dengan harapan syarikat tersebut menjadi peneraju utama dalam syarikat pemaju hartanah di Malaysia dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Kami di WARISAN KAYANA GROUP SDN.BHD mengambil tanggungjawab ini dengan memakmurkan tanah sebagai aset yang bernilai untuk diwarisi sehingga ke anak cucu dan pindahkan kepada masyarakat melalui kaedah muamalat sebagaimana yang dituntut oleh agama. Dengan berkat, kesungguhan dan kerjasama semua pihak, WARISAN KAYANA GROUP SDN.BHD dapat merealisasikan visi dan misi syarikat.